Wednesday, August 5, 2015

Jakarta here we go!

Assalammualaikum, alhamdulillah, selamat tiba di Jakarta satu family ku 😍😍😍



Monday, August 3, 2015

...

naktahu benda apa yang paling saya terkilan, saya tak banyak bergambar dengan ayah waktu dia masih ada.

I rarely took photos with him. Now i missed him. I missed his advises.. He was the one that i gave my full respect.

Kakak rindu ayah, ayah..

Wednesday, April 15, 2015

busy

assalammualaikum,

now, hidup aku ni macam tunggang terbalik..

mybrain tak lepas, supervisor tak tukar2 lagi. kerja tak update2 lagi.

semua nya sebab silly mistake.

nak tahu sebab apa mybrain aku tak lepas?

katanya aku salah mintak tanda tangan orang, deputy dean punya tandatangan tak boleh pakai. whaaaaat??

kata nya nak tanda tangan orang yg keluarkan surat tawaran lah,vice canselor la, haaaihhhh...

sabar je la..dugaan..

lepastu, supervisor pula, aku ada isu sikit masa daftar hari tu, supervisor yg aku minta tak dapat, sebab nama dia tak ada dalam sistem, dan lastly,nama aku bawah Dr. lain, ok la,fine,aku boleh ubah nanti..

dalam 1 or 2 minggu selepas aku daftar jd student, aku terus uruskan hal tu, dalam hujung bulan 2 aku dah hantar borang tu dekat ofis.

ok, and hari isnin, 13/4/2015, aku pergi lah office sebab nak tanya dah selesai ke urusan pertukaran supervisor ni...

and tahu apa yg jadi???!!!

belum tukar lagi!!! nak tahu apa alasan terbaik diorang

borang kami tak terima pun a.k.a kami dah hilangkan la tu!!! lepas tu duk enquiry betul ke aku hantar dekat ofis dia, ada copy ke ,dengan siapa aku hantar. hello, dah bulan 4 kot, mana la aku nak ingat muka orang yg aku hantar tu. tak faham aku orang ofis yg tak bertanggungjawab ni. so memang minggu ni aku penat berfikir, dan penat kehulu ke hilir nak isi borang baru.. anyway, aku maafkan lah orang2 ofis tu. ni urusan mybrain pun nak kehulu ke hilir jugak ni,sabar jela..

ujian dr Allah,ni br sikit,tak banyak pun, cuma nak luahkan dekat sini..jangan ambil hati semua. thank you for reading this rubish entry..

Friday, April 3, 2015

Dah pulang

Teman lelaki upahan my version dah pulang dari Sarawak. Terlalu banyak yg terjadi dalam hidup aku lately ni, sampai aku pun tak boleh nak co-op dengan apa yg terjadi.. kadang tu aku macam nak duduk, dan berfikir je, tapi fikiran aku kosong. dalam pada masa yg sama aku ada tanggungjawab lain, aku kena selari dengan orang lain, atau orang lain pulak yg tinggalkan aku ke belakang. kalau aku cerita apa terjadi, takut orang tak percaya pulak, maka aku senyap.. aku tabah kan diri menghadapi dugaan yg datang. aku terpinga2 dalam kelas,otak aku melayang.fikiran aku ntah kemana. ye..aku masih cuba recover dari kehilangan orang2 yg aku sayang. dugaan aku mungkin ini bahagiannya. Allah dah tetapkan begini jalan cerita hidup aku. dugaan orang lain mungkin dari segi kesempitan wang, kesakitan, dugaan aku, kehilangan orang yg aku sayang,rapat tanpa aku duga. Diri ini baru nak membina,mengutip semula cebisan2 yg hancur dulu,sekarang berkecai lagi. tapi aku cuba untuk recover dengan cepat, sebab sekarang tiada orang yg kasihan kan kita lagi. tiada orang yg akan faham apa aku hadapi melainkan dia merasai sendiri apa yg aku rasa. aku tak upload gambar keluarga aku yg meninggal bukan sebab aku xsayang,  tapi terlalu berat,pilu hati ni nak buat madah puisi mengatakan aku sedih ,aku rindu diorg. tak,aku bukan orang macam itu. tapi aku tahu, cukup sekadar Allah tahu dalam hati aku, tak perlu aku pertontonkan kepada semua, meminta belas kasihan orang lain, itu bukan aku.aku juga tahu, kematian adalah peringatan bagi yg hidup, thsnk you Allah masih ingatkan aku. aku redha dgn segala yg terjadi,aku pasrah. bantu aku hadapi ujian mu ya Allah, jgn bg aku tergelincir dr landasan mu sedikit pun.

Wednesday, March 11, 2015

Random update

assalammualaikum,

lama rasa tak update, cerita cerita..
last week busy sangat.
entah apa yg busy pun tak tahu lah..
well, this week kawan kita atikah amran akan bertunang,api not sure will manage to go or not.. sebab ada kerja yg sangat penting yg perlu di uruskan..

anyway, i will try my best to arrange it.

selamat bertunang tkay!!

Monday, March 9, 2015

...

Happy Birthday ayah!!
Akak sayang ayah sangat sangat..

Friday, March 6, 2015

Janji Saya

Elaun pertama hari tu, beli bra

Elaun kedua akan datang ini,  beli seluar kecik

HAHAAAAA


Itu JANJIKU!!

P/s : coretan melampau iram maisarah

Thursday, March 5, 2015

...

Rindu ayah...

Tuesday, March 3, 2015

Random update

Kadang tu bukan apa..hati ni suka memberontak sikit..

Tahu kenapa aku buat keputusan untuk sambung belajar dekat K.L berbanding Skudai?

Sebab,hati aku lebih tenang..

P/s: nak share gambar tak boleh pula

Saturday, February 28, 2015

Preparation Engagement #1 (part 2)

Assalammualaikum,

Woaah, part 2 kau. over.

ok la, last time, aku ada cerita yang aku nak buat album sendiri kan, so taraaaaaa!!! album dah sampai khamis lepas!!

Alhamdulillah, selamat sampai. tindakan berisiko aku berhasil!!

nak tengok gambar depan album tak,hihiihhih


before opening the box, expectation aku tak tinggi, in my mind was like "the album might be small, the cover might be soft, the picture might be blur, and the list go on.." tapi, after dah tengok sendiri, and dah tunjuk dekat makcik makcik, and they all were shocked i made this by my own! so i am very satisfied with iphotobookworldwide service.



So, ini gambaran bila aku buka package box tu. Aku siap design album tu hari Rabu sebelum Raya Cina. And yesterday, gambar ni sampai. Alhamdulillah sangat2. Waktu process tak lah ambil masa lama, agaknya kalau tak cuti raya cina tu,pasti lagi cepat sampai. Melalui laman software yg aku upload tu, kita boleh tengok preview album kita bila siap tu, so video bawah ni aku record la sikit macam mana isi kandungan album aku tu,enjoy!




Alhamdulillah, album tu, mengikut design yg aku buat dalam video ni.
huhuhuhuhuh, untuk orang yg tak profesional, i am proud of myself :') 


Lastly, total money yang aku spent untuk album ini, 

Photographer : RM 300 (this is the lowest and the best photographer i can find)
Voucher groupon :RM 59 (for hardcover with 52 pages)
Postage Fee: RM 10
ordered on : Wednesday (17/2)
received on : Thursday (25/2)


murah x? murah x? hahahaha. over.

ok,pada sesiapa yang ingat aku buat album ni keluar duit banyak, so sorry ye, aku ni seorang yg sangat kedekut dan sangat la suka benda yg murah!!!.hehehe. mungkin ada certain orang cakap, tunang tak payah/perlu buat album kot. ok, disini aku ingin menekan kan, kalau kau nak kenangan and buat album dengan photographer, ye memang mau cecah RM200-RM500(belum masuk upah tangkap gambar ok) untuk 1 album, but see, how much i had save from this album? 

and one more thing, album photobook ini, tak semestinya kena buat album tunang or kahwin tau, boleh jugak mengabadikan kenangan kenangan dengan kawan, kenangan travel to other places, and even family portrait! Tapi, one advice, to produce a quality and beautiful picture, it is highly recommended to design the album with digital camera instead of your phone camera. ini sebab, gambar from camera digital pixels lebih tinggi berbanding phone, and nanti bila print gambar tak akan pecah. So, that is why i thiink, hiring a pro photographer is a good idea for your special day.


duit jimat, kenangan pun dapat :)


P/S: untuk sesiapa yang nak dapat informations atau nak tanya dengan aku pasal cara cara nak buat or beli photobook ni, boleh la email ke iramaysarah@yahoo.com (bukan dealer iphotobook ok tapi membantu yg nak teringin nak buat)



Monday, February 16, 2015

Preparation Engagement #1

Assalammualaikum,

Hari Rabu lepas, kita dapat dah gambar dari photographer, now tengah edit2 dalam photobook yg kita beli tu.
Leceh jugak buat benda tu, lagi2 aku nak buat sendiri and aku pulak jenis nak perfect, so kena buat slow2, kita budak baru belajar edit mengedit ni, tapi, syok jjugak,macam buat design masa PSM dulu.hehehe.Agaknya, ini lah budak2 design yg pakai software rasa. 

So far, gambar yg dapat, semua clear, terang and cantik2.. tapi... kita rassa ada gmbr yg tak ada. Maksudnya, aritu kita rasa ada ambil gmbar dengan sedara ni, dengan tetamu ni, tapi bila dpt gmbr, xde pulak.. Maybe, maybe, jurugambar tu pilih mana yg ok saja letak dalam pendrive tu. Saya redhooo.. Ada gmbar pun dah cukup baik.. To be truth, kita kena pakai jurugambar ini pun sebab makcik and mama kita yg suruh. mula2 tu memang tak nak, macam over kan. tapi cuba fikir2 balik, kita, sebagai orang penting(ewaah) takkan nak pegang camera kan, takkan nk berselfie dengan bakal mak mentua lepas sarung cincin kan. kalau nak harapkan sedara mara, diorang pun tak berkesempatan untuk ambil gambar kita, kalau ada yg ambil gmbr pun pakai camera phone, jadi quality gmbar sure la tak ok, (no offense pleasseee! camera phone saya pun tak ok, OK!!) so, saya pun decide, ok, ambil lah jurugambar dengan gamblenya, cari melalui facebook and internet je. Memang banyak tanya lah dekt jurugambar2 lain yg jumpa dekat facebook, tapi lepas di lihat ditenung dikaji harga dan album2 sebelum2 ni yang diorang pernah buat, saya pilih AdamLuqman Photography. total service dia RM300 (untuk softcopy shooting). transportation free, sebab dalam area KLang Valley lg.

Deposit RM100 untuk book date. Nak cari photographer ni pun, chaos jugak family kita,hahaha.
yg nak buat album lain, yg nak jimat lain (aku la tuu), yg xnak album kertas nipis lain, yg xnak album sticky2 lain. Last2, kita pun decide, softcopy je, haaa,semua xdapat.hehehe. tapi tula, kita pun dah decide selepas review2 kesusahan dan kesenangan buat photobook ni maka, timbul lah idea nak buat album sendiri. so tak ada masalah sangat lah.

Service dr photograper ni, ok lah, kita ni tak ada pengalaman nak jadi model, so memang dia bagi guide suruh pusing sana,pusing sini, aand gambar yg terhasil semuanya memuaskan. Tapi masa tngah ambil gmbr tu, saya ada perasan satu benda, jurugambar tu memang suka suruh senyum nmpak gigi, sikit2 arahan dia (ok,senyum nampak gigi,senyum nampak gigi) . confident level nk seenyum mula2 tu xde weeh, risau la, gigi kita yg bawah jarang2, nak kata gigi putih ibarat gigi fazura pun tidaak, hahah!Tapi, bantaai laa..mesti jurugambar ni lebih tahukan. Bila tengok hasilnya,haaa,xde la teruk sangat senyuman nampak gigi saya,hiihihih.. kita je paranoid. heheheh. haaa lagi satu yg lebih penting, weell, diri ini memang la ada masalah perut buncit, hahaha, masa nak dekat2 tunang, xnak lansung menjaga badan dan perut, exersice lagi la tidak ada dalam kamus hidup ku, hehehe. so, risau jugak kan, kalau dlm gmbr obvious sngt, tapi jurugambar ni, bagus lah, so far gmbr2 semua xde la nmpak sngat kebuncitan perut itu,hihihih. thank you, encik jurugambarrr. Encik memang profesional.

Well,sebenarnya, banyak benda nak update. sangat2 banyak.. Tapi, kemalasan nak menaip, sangat laah tinggi. 

Ok, now, nak share sikit, casing + pendrive yg photographer tu buatkan.

ini casing yg mula2 dapat,dalam plastik.
macam tak sangka, sekarang punya photographer buat macam ni, dulu, setahu kita, bagi album dengan CD untuk softcopy.

Ok, yg ini gambar belakang casing tu.

ini gambar2 casing + pendrive tu,nampak tak sebelah kanan tu. Jurugambar tu bagi pendrive size 8G, jumlah gambar yg di isi dalam pendrive tu, 3.7G.

kepada yg berminat nak ambil photographer ni, boleh la lawati blog dia atau facebook dia,
just type in 


Tuesday, February 3, 2015

Update pasal tunang

Sebenarnya, kita tengah tunggu gambar dari photographer..
hewhewhewhew..
Dia cakap seminggu boleh siap,nanti diaa hantar melalui pos je.. hopefully cepat and selamat la sampai rumah,hewhewhew..
Anyway, kita ambil upah photographer untuk ambil gambar and burn soft copy je..tak buat album pun, sebab bila fikir fikir, tunang je kan.. tapi ikutkan hati, nak je,tapi ikut kan akal dan minda, tak perlu lah kot..

By the way, kita ada beli voucher buat album sendiri, macam majalah, tapi yang best hardcover depan.
Size 8 x 11, about 52 pages.. harga dalam RM 59.00..
So nanti kita cuba la ye arrange sendiri,sebab i got quite lot of time to godek2 now,hehehe
bila dah siap,insyaAllah, nanti kita review and post dekat sini.

Ok lah,nak share sikit gambar dari cousin kita and adik beradik Encik Shahrul.















I AM A HAPPY GIRRLLL :) :)

Sunday, February 1, 2015

#3 Review Makan



Assalammualaikum,

Review makan kali ni adalah Restoran Murni cawangan Kepong. Kedai ni memang dah ada banyak cawangan, tapi kami selalu pergi sini.
Actually dah banyak kali makan sini sebab makanan dia boleh tahan, dan portion dia memang tak larat makan punya. Jenis2 makanan dia memang berbeza, nama mungkin macam biasa, tapi hidangan dia macam ala ala fusion cuisine.

harga dia memang reasonable, berbaloi. 

ok, lets dig in what we ate last time we came.


ini gambar depan kedai nya, if click gambar, boleh tahu cawangan2 kedai ini yang lain.

 
ok, ini menu nama dia Chicken Kiwaki,
two tumbs up!
4.5/5
basically, dish ni adalah chicken chop, tapi yang bezanya gravy dia kuah putih, creamy macam kuah cabonara tu. Sebab apa dish dari kedai diorang adalah big portion, sebab dia bagi 2 slices of chicken! Selalunya la, kedai makan western ni bagi 1 slice je kan. 
Nak tengok tak whats inside between two slices oh chicken chop ni???


TAAADAAAAAA!!!!
Ada cheese + ham slice.
kecurrr air liuuqq

ok, next dish adalah sizzling chickenchop.
ok,sedap memang sedap tapi mungkin la,mungkin.. gravy black pepper dia terover masin sikit haritu,
so 3.5/5 saya bagi markah.
tapi ayam dia pun 2 slices and ada cheese in between the chicken. dish ni ad side dish fries, cosellow and keropok.

TADAAAAAAAA!!!

ok, next ada lah, roti canai Hawaian
4.5/5
two tumbs up!


dalam dia ada nenas, hhihihi,pelik, tapi sedaaaaap.

Restoran ini mesti cuba, dan yang menarik, air dia pelbagai jenis, sampai xtahu apa yg dicampur, tapi sedap sangat!!

Mesti Cuba OKKKK!!!





Tuesday, January 27, 2015

#2 Review Makan

Assalammualaikum,

Semalam, pertama kali keluar dating dengan tunang kiteee,hihihihihi

okay2, control sikit Iram Maisarah..

So, kami pergi KL Festival City je, jalan2 dekat situ. Then kitorang cari tempat yang proper untuk duduk and borak2 after almost 2 setengah bulan tak jumpa, huhuhu.

Ok, lepas tu kitorang naik tingkat 3 and suddenly aku nampak kedai " Little Taiwan".
Rasanya kedai ni dah lama buka, tapi tak berani nak masuk, sebab tak tahu halal ke tak. But yesterday, kitorang nampak logo Halal ditepek atas kedai dan juga di tayangkan didepan kaunter.
En Shahrul pun was-was jugak, tapi lepas nampak logo tu,kitorang terus masuk tanpa was-was dan tanpa segan silu,hikhikhk

next, kitorang diberi menu. aku ni memang teringin and suka nak try makan makanan yang lain sikit or dari negara2 luar. So dekat menu tu, kitorang try dimsum dish. cara order dia, kita kena tulis no menu dan quantity, then bagi je dekat waiter.

after a few minutes, dish kitorang pun sampai.



kitorang order combination of seafood, chicken and vegetable dimsum ada 6 ketul (piring panjang), satu set combination 3 dimsum tapi with soup ada 3 ketul (dalam mangkuk) and lagi satu dish tu tak tahu la nama dia, tapi dimsum tu dimsum ayam 3 ketul, and ada kuah yg tak tahu nak describe macam mana rasa dia. atas dish tu ada tabur2 kacang, sedap! two tumbs up! Dish ni akan diberi pencicah yg warna hitam tu macam soy souce untuk di cicah, tapi rasa dia masam, and bau dia pun kurang menyenangkan, aku siap tanya waiter, memang bau pencicah ni macam ini ke, and he said "yes".

air pula, aku ambil air yg warna ala ala teh seperti dalam gambar diatas, air bunga apa tah nama dia, tapi pleasee, jangan order air tu!! lebih baik minum air masak je,heheh, En Shahrul pula minum kiwi juice, ok air dia sedap!

price pulak, ok la, semua nya dalam RM35-- ..

maybe boleh pergi lagi next time untuk rasa dish dr Taiwan yg sebenar, highly recommended!!

Sunday, January 25, 2015

#1 Review Makan

Assalammualaikum,

Malam ni,sempena my birthday, aku ajak family aku pergi makan sedap sikit malam ini, lepas dah penat penat uruskan majlis semalam, nak raikan la kami sekeluarga.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Nanti aku buat la satu entry khas untuk persiapan majlis pertunangan , masa pertunangan dan pasca majlis pertunangan, ewaaah..

Ok, back to my food review,

Malam ni aku ajak family aku makan dekat Pak Uda Kitchen and Grill. Alkisahnya macam mana aku jumpa restoran ni adalah sebab aku tengok JJCM TV3. Lagi satu sebab kenapa nak makan sini sebab memang dah dekat sangat dengan rumah aku dekat Gombak ni.

Ok, lepas dah sampai, tengok kedai dia ramai orang, lalu kitorang pun masuk dan ambil tempat meja dekat tengah2. Kami diberikan buku menu.

Cara order makanan sini lain sikit, dia ada sediakan kertas untuk kita tulis no menu and quantity yg kita nak. Kertas dia macam dibawah ni.



After that, lepas dah tengok menu, makanya kami pun tick2 dan hantar order.
kami semua order :

  1. Mariah Carrey Grill Lamb Chop
  2. JLO Grill LAmb Chop with Cheese
  3. Florida Fish & Chip 
  4. Beyonce Cheesy Steak
  5. Special Nachos Snack

untuk air pulak:


  1. Hot Honey Lemon
  2. Carrot Susu
  3. Asam Boi Hot
  4. Teh O Ais Limau
  5. mineral water

ok first makanan mama and kak Dila sampai dulu, iaitu:




Florida Fish & Chip

Ok la rasa dia, at first tengok portion dia macam,owhhh, sekeping je.. Tapi bila dah makan,banyak juga, kenyang la sebenarnya. Mungkin sebab tengah lapar,hehehehe, nafsu makan besaar..
rasa dia ok, not bad, sos tartar doa ok,coselaw pun ok, overall two tumbs up!
then, tak lama lepas tu, sampai lagi satu dish, iaitu:


Special Nachos Snack


Yang ini memang sedap, cheese meleleeh, tapi portion dia memng untuk snack, dan bukan untuk mengenyang kan perut, makan masa cheese tengah meleleh tu memang syiok la!
yang ini pun two tumbs up!!
lepas tu dish abang aku pulak, iaitu :


Mariah Carrey Grill Lamb Chop

yang ini pula, aku rasa sesuap je, jadi aku Tak tahu nak nilai macam mana,hahaha. mengikut abang aku, dia cakap, biasa biasa je.

lepas tu, lama jugak tunggu  dish aku and adik aku tapi tunggu dengan penuh sabar sebab dekat bawah kertas isi order nak siap reminder yg berbunyi lebih kurang, makanan kita akan lewat kalau peak hour, tapi tak ada la sampai sejam menunggu, ok2 la, cuma mama dah habis makan,baru sampai makanannya , so ini gmbr hidangannya:

JLO Grill Lamb with Cheese

Beyonce Cheesy Steak

ok, portion nya pun sama macam fish n chip, nampak kecil, tapi bila makan, kenyang woii..
aku punya yg JLO tu, bagi aku,ok la, aku memang suka lamb. overall, menepati citarasa aku. Yang adik aku punya tu, dia daging lembu, daging tu dimasak medium rare mungkin, sebab, warna danging nya masih pink2 merah bila dipotong. ok la, tak ada la liat sangat, masih boleh dikunyah2 hancur. Gravy dia sama je semua, black papper. Bagi aku, ok la,terasa black Pepper tu. Tak pedas dan tak ada tak rasa lansung black pepper nya tu. gravy dia memang melimpah, tak payah nak pakai sos cili dah, memang aku celet2 dengan kuah dia je time makan. Yang menu adik aku ni, masa tengah2 tu ok daging dia, bila hujung2 tu, biasa la, terasa kerak2 carbon yg dia bakar tu. Adik aku nak lamb, tapi tersilap order, jadi, bagi dia biasa2 saja la.

environment and decoration kedai dia pulak seperti didalam gambar dibawah :







ok lepas dah kenyang semua, masa untuk membayar lah, jadi total semuanya adalah RM 95.30



Untuk sesiapa yang nak pergi merasa tempat ini alamatnya adalah

Pak Uda Kitchen and Grill
No 13-G, Jalan PPS 1, 
Pusat Perdagangan Selasih,
68100 Batu Caves Selangor.

Selamat mencuba!!

Wednesday, January 21, 2015

Rabu yg terlebih semangat

Kan bagus kalau hari hari semangat, rajin and fokus macam ni(ditujukan kepada diri sendiri). Kalau tiap tiap hari buat kerja macam ni,confirm no more procrastination words in my life, puuuii !!

memang la semangat lebih,esok nak kena present dah kerjanya.

nak tahu level kesemangatan aku, lepas mandi tgahari td aku terus ambil wudhu' (ok,kantoi, anak dara mandi lewat) lepas tu terus solat. Rupanya aku solat zohor tadi belum masuk waktu weyhh..

tengok reminder dekt phone, rupanya tak masuk lagi waktu, jam dekat phone waktu tu 1.22 p.m. Terrjerit jerit la aku tanya mama yg dekt bawah,"maaa,belum zohor lagi ye?" lalu mama menjawab " belum kak, pkul 1.27 br masuk". ok Maa.., tak sampai berapa minit, azan pun berkumandang :|

semangat tak? semangat tak?


Tuesday, January 20, 2015

Beberapa hari lagi




oh yeaa...tinggal lagi beberapa hari..hurmm,  nervous nak presentation or nervous nak tunang? 
hurmm,presentation on 22nd which is Thursday, ada lagi beberapa slides yg tak siap lagi.

wish me luck!!

Saturday, January 17, 2015

#1 listening



Currently addicted listening to this song. I never thought the singer is a Chinese girl.





Thursday, January 8, 2015

Alhamdulillah,patut la malas semacam.

guess what? guess what? guess whaaat?

hihihi



nota kakitangan: please refer to previous post ini.

ini bukan dilema, tapi..entah la

Assalammualaikum,

Sekarang, aku berada di rumah,actually, dah 3 hari aku cuba duduk buat kerja dekat workspace yang lec aku bagi, tapi, sama jugak rutin aku,bukak laptop, belek2 sikit keja yang update seciput setiap hari semenjak seminggu yang lalu, lepas tu rasa menyesal sebab tak gunakan masa betul2..tapi 5 minit je menyesal,lepastu aku sambung balik online.

Baca blog berjam2, lepas tu xpersan waktu dah berlalu dengan cepatnya, pastu janji pada diri sendiri, balik ni, mandi2 solat, buat kerja balik,akhirnya, tertido  di atas tilam yang empuk..

Assignment first aku haritu,aku totally buat dekt rumah je, pinjam buku dekt library and research dekat rumah, tapi this week,aku tak dapat nak buat dekat rumah, sebab mama panggil orang repair rumah, yelah, ada big event coming soon, habis dipersiapkan rumah ni. nak jemput tetamu la katakan.. aku nak buat kerja pun macam xselesa. org lelaki ulang alik dalam rumah. thats why aku pergi workspace aku 3 hari lepas berturut2.

Maka hari ini,khamis, aku berazam untuk siapkan kerja aku dekat rumah je, yg nak kena present esok, tapi, bangun2 pagi, solat,online instagram, turun,goreng telur buat breakfast, lepas tu buat jus buah, lepas tu naik bilik, mengadap laptop,last2 baca blog org balik,macam xboleh baca lepas2 dah siap kerja.

haiiih, yes, i have a major problem with procrastination, oh Allah! please make me more focus on my work. masalahnya bukan aku tak nak baca, aku kena baca journal paper, dah sampai bulat2 mata aku nak memahami benda yang aku tak pernah belajar. probability lah, dengan equation nya. hurmm,xbaik mengeluh...

aku akan buat la satu entri pasal kerja apa yg aku tengah buat sekarang ni sebagai RA lecturer, yg penting not an engineer as i dream after i graduated.

but i am happy with my life now :)




Tuesday, January 6, 2015

#1 fact about me

Ewah, macam ada orang nak tahu je fakta mengenai diri ini, dont care, dont mind, i just want to write after a long break.

#1 saya tak suka/ingat/mahu wish birthday

okay2 fakta bikin panas jee.. well to be truth, bukan tak suka, selalunya aku mesti tak ingat birthday kawan2 aku, walaupun facebook selalu bagi reminder setiap hari mesti ada birthday orang, hati aku tak tergerak pun nak click untuk wish. bukan tak pernah wish melalui facebook,pernah je. tapi jarang - jarang, kalau mood baik tetiba, haa the lucky person akan dapat la wish dari aku,ewaaah...

pasal2 date ni, memang la aku tak berapa nak ingat sangat, date bila menjalinkan hubungan cinta pun tak ingat, kena buka blog, baru tahu dah 5years++ dah,haha.. sebab aku dangan encik shahrul pun bukannya wish happy anniversary every year, tak wish tak bermakna tak sayang kan.. aku rasa otak aku ni malas la, sebb kalau birthday sesiapa yang mcm 13/6 ke, 27/7 ke, 23/8..tidak la aku nak cuba ingat..aku rasa nombor2 macam tu terlalu sukar untuk aku ingat,haha! sorry kengkawan. birthday encik shahrul, aku ingat, sebab sama tarikh dengan birtday aku,tapi lain bulan, aku 25/1 and dia 25/7..so aku senang ingat la.. birthday mama pun aku confius, 13/8 or 14/8..tapi aku ingat,13/8.. aku terkeliru dengan anniversary mama and ayah iaitu 14/10..  



so kepada kengkawan jangan la kecil hati bila aku tak wish, nilai persahabtan tak ditentukan dengan memperingati hari jadi masing2. aku pun every year tak mengharapkan wish dari orang ramai yang tahu birthday aku melalui reminder facebook je. so adios amigos muchacha, love all my friends.

p/s : tapi date bila arwah ayah pegi, aku akan ingat sampai mati. 12/12/13

xoxoxo