Tuesday, January 27, 2015

#2 Review Makan

Assalammualaikum,

Semalam, pertama kali keluar dating dengan tunang kiteee,hihihihihi

okay2, control sikit Iram Maisarah..

So, kami pergi KL Festival City je, jalan2 dekat situ. Then kitorang cari tempat yang proper untuk duduk and borak2 after almost 2 setengah bulan tak jumpa, huhuhu.

Ok, lepas tu kitorang naik tingkat 3 and suddenly aku nampak kedai " Little Taiwan".
Rasanya kedai ni dah lama buka, tapi tak berani nak masuk, sebab tak tahu halal ke tak. But yesterday, kitorang nampak logo Halal ditepek atas kedai dan juga di tayangkan didepan kaunter.
En Shahrul pun was-was jugak, tapi lepas nampak logo tu,kitorang terus masuk tanpa was-was dan tanpa segan silu,hikhikhk

next, kitorang diberi menu. aku ni memang teringin and suka nak try makan makanan yang lain sikit or dari negara2 luar. So dekat menu tu, kitorang try dimsum dish. cara order dia, kita kena tulis no menu dan quantity, then bagi je dekat waiter.

after a few minutes, dish kitorang pun sampai.



kitorang order combination of seafood, chicken and vegetable dimsum ada 6 ketul (piring panjang), satu set combination 3 dimsum tapi with soup ada 3 ketul (dalam mangkuk) and lagi satu dish tu tak tahu la nama dia, tapi dimsum tu dimsum ayam 3 ketul, and ada kuah yg tak tahu nak describe macam mana rasa dia. atas dish tu ada tabur2 kacang, sedap! two tumbs up! Dish ni akan diberi pencicah yg warna hitam tu macam soy souce untuk di cicah, tapi rasa dia masam, and bau dia pun kurang menyenangkan, aku siap tanya waiter, memang bau pencicah ni macam ini ke, and he said "yes".

air pula, aku ambil air yg warna ala ala teh seperti dalam gambar diatas, air bunga apa tah nama dia, tapi pleasee, jangan order air tu!! lebih baik minum air masak je,heheh, En Shahrul pula minum kiwi juice, ok air dia sedap!

price pulak, ok la, semua nya dalam RM35-- ..

maybe boleh pergi lagi next time untuk rasa dish dr Taiwan yg sebenar, highly recommended!!

Sunday, January 25, 2015

#1 Review Makan

Assalammualaikum,

Malam ni,sempena my birthday, aku ajak family aku pergi makan sedap sikit malam ini, lepas dah penat penat uruskan majlis semalam, nak raikan la kami sekeluarga.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Nanti aku buat la satu entry khas untuk persiapan majlis pertunangan , masa pertunangan dan pasca majlis pertunangan, ewaaah..

Ok, back to my food review,

Malam ni aku ajak family aku makan dekat Pak Uda Kitchen and Grill. Alkisahnya macam mana aku jumpa restoran ni adalah sebab aku tengok JJCM TV3. Lagi satu sebab kenapa nak makan sini sebab memang dah dekat sangat dengan rumah aku dekat Gombak ni.

Ok, lepas dah sampai, tengok kedai dia ramai orang, lalu kitorang pun masuk dan ambil tempat meja dekat tengah2. Kami diberikan buku menu.

Cara order makanan sini lain sikit, dia ada sediakan kertas untuk kita tulis no menu and quantity yg kita nak. Kertas dia macam dibawah ni.



After that, lepas dah tengok menu, makanya kami pun tick2 dan hantar order.
kami semua order :

  1. Mariah Carrey Grill Lamb Chop
  2. JLO Grill LAmb Chop with Cheese
  3. Florida Fish & Chip 
  4. Beyonce Cheesy Steak
  5. Special Nachos Snack

untuk air pulak:


  1. Hot Honey Lemon
  2. Carrot Susu
  3. Asam Boi Hot
  4. Teh O Ais Limau
  5. mineral water

ok first makanan mama and kak Dila sampai dulu, iaitu:




Florida Fish & Chip

Ok la rasa dia, at first tengok portion dia macam,owhhh, sekeping je.. Tapi bila dah makan,banyak juga, kenyang la sebenarnya. Mungkin sebab tengah lapar,hehehehe, nafsu makan besaar..
rasa dia ok, not bad, sos tartar doa ok,coselaw pun ok, overall two tumbs up!
then, tak lama lepas tu, sampai lagi satu dish, iaitu:


Special Nachos Snack


Yang ini memang sedap, cheese meleleeh, tapi portion dia memng untuk snack, dan bukan untuk mengenyang kan perut, makan masa cheese tengah meleleh tu memang syiok la!
yang ini pun two tumbs up!!
lepas tu dish abang aku pulak, iaitu :


Mariah Carrey Grill Lamb Chop

yang ini pula, aku rasa sesuap je, jadi aku Tak tahu nak nilai macam mana,hahaha. mengikut abang aku, dia cakap, biasa biasa je.

lepas tu, lama jugak tunggu  dish aku and adik aku tapi tunggu dengan penuh sabar sebab dekat bawah kertas isi order nak siap reminder yg berbunyi lebih kurang, makanan kita akan lewat kalau peak hour, tapi tak ada la sampai sejam menunggu, ok2 la, cuma mama dah habis makan,baru sampai makanannya , so ini gmbr hidangannya:

JLO Grill Lamb with Cheese

Beyonce Cheesy Steak

ok, portion nya pun sama macam fish n chip, nampak kecil, tapi bila makan, kenyang woii..
aku punya yg JLO tu, bagi aku,ok la, aku memang suka lamb. overall, menepati citarasa aku. Yang adik aku punya tu, dia daging lembu, daging tu dimasak medium rare mungkin, sebab, warna danging nya masih pink2 merah bila dipotong. ok la, tak ada la liat sangat, masih boleh dikunyah2 hancur. Gravy dia sama je semua, black papper. Bagi aku, ok la,terasa black Pepper tu. Tak pedas dan tak ada tak rasa lansung black pepper nya tu. gravy dia memang melimpah, tak payah nak pakai sos cili dah, memang aku celet2 dengan kuah dia je time makan. Yang menu adik aku ni, masa tengah2 tu ok daging dia, bila hujung2 tu, biasa la, terasa kerak2 carbon yg dia bakar tu. Adik aku nak lamb, tapi tersilap order, jadi, bagi dia biasa2 saja la.

environment and decoration kedai dia pulak seperti didalam gambar dibawah :







ok lepas dah kenyang semua, masa untuk membayar lah, jadi total semuanya adalah RM 95.30



Untuk sesiapa yang nak pergi merasa tempat ini alamatnya adalah

Pak Uda Kitchen and Grill
No 13-G, Jalan PPS 1, 
Pusat Perdagangan Selasih,
68100 Batu Caves Selangor.

Selamat mencuba!!

Wednesday, January 21, 2015

Rabu yg terlebih semangat

Kan bagus kalau hari hari semangat, rajin and fokus macam ni(ditujukan kepada diri sendiri). Kalau tiap tiap hari buat kerja macam ni,confirm no more procrastination words in my life, puuuii !!

memang la semangat lebih,esok nak kena present dah kerjanya.

nak tahu level kesemangatan aku, lepas mandi tgahari td aku terus ambil wudhu' (ok,kantoi, anak dara mandi lewat) lepas tu terus solat. Rupanya aku solat zohor tadi belum masuk waktu weyhh..

tengok reminder dekt phone, rupanya tak masuk lagi waktu, jam dekat phone waktu tu 1.22 p.m. Terrjerit jerit la aku tanya mama yg dekt bawah,"maaa,belum zohor lagi ye?" lalu mama menjawab " belum kak, pkul 1.27 br masuk". ok Maa.., tak sampai berapa minit, azan pun berkumandang :|

semangat tak? semangat tak?


Tuesday, January 20, 2015

Beberapa hari lagi




oh yeaa...tinggal lagi beberapa hari..hurmm,  nervous nak presentation or nervous nak tunang? 
hurmm,presentation on 22nd which is Thursday, ada lagi beberapa slides yg tak siap lagi.

wish me luck!!

Saturday, January 17, 2015

#1 listening



Currently addicted listening to this song. I never thought the singer is a Chinese girl.





Thursday, January 8, 2015

Alhamdulillah,patut la malas semacam.

guess what? guess what? guess whaaat?

hihihi



nota kakitangan: please refer to previous post ini.

ini bukan dilema, tapi..entah la

Assalammualaikum,

Sekarang, aku berada di rumah,actually, dah 3 hari aku cuba duduk buat kerja dekat workspace yang lec aku bagi, tapi, sama jugak rutin aku,bukak laptop, belek2 sikit keja yang update seciput setiap hari semenjak seminggu yang lalu, lepas tu rasa menyesal sebab tak gunakan masa betul2..tapi 5 minit je menyesal,lepastu aku sambung balik online.

Baca blog berjam2, lepas tu xpersan waktu dah berlalu dengan cepatnya, pastu janji pada diri sendiri, balik ni, mandi2 solat, buat kerja balik,akhirnya, tertido  di atas tilam yang empuk..

Assignment first aku haritu,aku totally buat dekt rumah je, pinjam buku dekt library and research dekat rumah, tapi this week,aku tak dapat nak buat dekat rumah, sebab mama panggil orang repair rumah, yelah, ada big event coming soon, habis dipersiapkan rumah ni. nak jemput tetamu la katakan.. aku nak buat kerja pun macam xselesa. org lelaki ulang alik dalam rumah. thats why aku pergi workspace aku 3 hari lepas berturut2.

Maka hari ini,khamis, aku berazam untuk siapkan kerja aku dekat rumah je, yg nak kena present esok, tapi, bangun2 pagi, solat,online instagram, turun,goreng telur buat breakfast, lepas tu buat jus buah, lepas tu naik bilik, mengadap laptop,last2 baca blog org balik,macam xboleh baca lepas2 dah siap kerja.

haiiih, yes, i have a major problem with procrastination, oh Allah! please make me more focus on my work. masalahnya bukan aku tak nak baca, aku kena baca journal paper, dah sampai bulat2 mata aku nak memahami benda yang aku tak pernah belajar. probability lah, dengan equation nya. hurmm,xbaik mengeluh...

aku akan buat la satu entri pasal kerja apa yg aku tengah buat sekarang ni sebagai RA lecturer, yg penting not an engineer as i dream after i graduated.

but i am happy with my life now :)




Tuesday, January 6, 2015

#1 fact about me

Ewah, macam ada orang nak tahu je fakta mengenai diri ini, dont care, dont mind, i just want to write after a long break.

#1 saya tak suka/ingat/mahu wish birthday

okay2 fakta bikin panas jee.. well to be truth, bukan tak suka, selalunya aku mesti tak ingat birthday kawan2 aku, walaupun facebook selalu bagi reminder setiap hari mesti ada birthday orang, hati aku tak tergerak pun nak click untuk wish. bukan tak pernah wish melalui facebook,pernah je. tapi jarang - jarang, kalau mood baik tetiba, haa the lucky person akan dapat la wish dari aku,ewaaah...

pasal2 date ni, memang la aku tak berapa nak ingat sangat, date bila menjalinkan hubungan cinta pun tak ingat, kena buka blog, baru tahu dah 5years++ dah,haha.. sebab aku dangan encik shahrul pun bukannya wish happy anniversary every year, tak wish tak bermakna tak sayang kan.. aku rasa otak aku ni malas la, sebb kalau birthday sesiapa yang mcm 13/6 ke, 27/7 ke, 23/8..tidak la aku nak cuba ingat..aku rasa nombor2 macam tu terlalu sukar untuk aku ingat,haha! sorry kengkawan. birthday encik shahrul, aku ingat, sebab sama tarikh dengan birtday aku,tapi lain bulan, aku 25/1 and dia 25/7..so aku senang ingat la.. birthday mama pun aku confius, 13/8 or 14/8..tapi aku ingat,13/8.. aku terkeliru dengan anniversary mama and ayah iaitu 14/10..  



so kepada kengkawan jangan la kecil hati bila aku tak wish, nilai persahabtan tak ditentukan dengan memperingati hari jadi masing2. aku pun every year tak mengharapkan wish dari orang ramai yang tahu birthday aku melalui reminder facebook je. so adios amigos muchacha, love all my friends.

p/s : tapi date bila arwah ayah pegi, aku akan ingat sampai mati. 12/12/13

xoxoxo