assalammualaikum,
now, hidup aku ni macam tunggang terbalik..
mybrain tak lepas, supervisor tak tukar2 lagi. kerja tak update2 lagi.
semua nya sebab silly mistake.
nak tahu sebab apa mybrain aku tak lepas?
katanya aku salah mintak tanda tangan orang, deputy dean punya tandatangan tak boleh pakai. whaaaaat??
kata nya nak tanda tangan orang yg keluarkan surat tawaran lah,vice canselor la, haaaihhhh...
sabar je la..dugaan..
lepastu, supervisor pula, aku ada isu sikit masa daftar hari tu, supervisor yg aku minta tak dapat, sebab nama dia tak ada dalam sistem, dan lastly,nama aku bawah Dr. lain, ok la,fine,aku boleh ubah nanti..
dalam 1 or 2 minggu selepas aku daftar jd student, aku terus uruskan hal tu, dalam hujung bulan 2 aku dah hantar borang tu dekat ofis.
ok, and hari isnin, 13/4/2015, aku pergi lah office sebab nak tanya dah selesai ke urusan pertukaran supervisor ni...
and tahu apa yg jadi???!!!
belum tukar lagi!!! nak tahu apa alasan terbaik diorang
borang kami tak terima pun a.k.a kami dah hilangkan la tu!!! lepas tu duk enquiry betul ke aku hantar dekat ofis dia, ada copy ke ,dengan siapa aku hantar. hello, dah bulan 4 kot, mana la aku nak ingat muka orang yg aku hantar tu. tak faham aku orang ofis yg tak bertanggungjawab ni. so memang minggu ni aku penat berfikir, dan penat kehulu ke hilir nak isi borang baru.. anyway, aku maafkan lah orang2 ofis tu. ni urusan mybrain pun nak kehulu ke hilir jugak ni,sabar jela..
ujian dr Allah,ni br sikit,tak banyak pun, cuma nak luahkan dekat sini..jangan ambil hati semua. thank you for reading this rubish entry..
Wednesday, April 15, 2015
Friday, April 3, 2015
Dah pulang
Teman lelaki upahan my version dah pulang dari Sarawak. Terlalu banyak yg terjadi dalam hidup aku lately ni, sampai aku pun tak boleh nak co-op dengan apa yg terjadi.. kadang tu aku macam nak duduk, dan berfikir je, tapi fikiran aku kosong. dalam pada masa yg sama aku ada tanggungjawab lain, aku kena selari dengan orang lain, atau orang lain pulak yg tinggalkan aku ke belakang. kalau aku cerita apa terjadi, takut orang tak percaya pulak, maka aku senyap.. aku tabah kan diri menghadapi dugaan yg datang. aku terpinga2 dalam kelas,otak aku melayang.fikiran aku ntah kemana. ye..aku masih cuba recover dari kehilangan orang2 yg aku sayang. dugaan aku mungkin ini bahagiannya. Allah dah tetapkan begini jalan cerita hidup aku. dugaan orang lain mungkin dari segi kesempitan wang, kesakitan, dugaan aku, kehilangan orang yg aku sayang,rapat tanpa aku duga. Diri ini baru nak membina,mengutip semula cebisan2 yg hancur dulu,sekarang berkecai lagi. tapi aku cuba untuk recover dengan cepat, sebab sekarang tiada orang yg kasihan kan kita lagi. tiada orang yg akan faham apa aku hadapi melainkan dia merasai sendiri apa yg aku rasa. aku tak upload gambar keluarga aku yg meninggal bukan sebab aku xsayang, tapi terlalu berat,pilu hati ni nak buat madah puisi mengatakan aku sedih ,aku rindu diorg. tak,aku bukan orang macam itu. tapi aku tahu, cukup sekadar Allah tahu dalam hati aku, tak perlu aku pertontonkan kepada semua, meminta belas kasihan orang lain, itu bukan aku.aku juga tahu, kematian adalah peringatan bagi yg hidup, thsnk you Allah masih ingatkan aku. aku redha dgn segala yg terjadi,aku pasrah. bantu aku hadapi ujian mu ya Allah, jgn bg aku tergelincir dr landasan mu sedikit pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)