Wednesday, February 8, 2017

Our own house :)

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah, selepas nak dekat setahun urusan jual beli rumah kondominium(flat low cost je 😝) 5 tingkat ni, akhirnya, bulan 2 ni dah start bayar loan rumah, secara tak official, rumah tu dah hampir jadi milik kami 😊.

Once dah langsai bayaran lawyer, insyaAllah, dalam bulan Mac ni, dapat lah kami kunci rumah tu 🙂

Perancangan awal, nak buat investment and biarkan saja orang yg sedia ada sewa rumah tu, tapi hati ni berbelah bagi nak rasa duduk berdua suami isteri. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, kami baru dapat berita, owner sebelum ni dah arahkan penyewa sekarang keluar. Jadi ini lebih memudahkan kami nak renovate dan mungkin tinggal disitu 😊 seperti yg baru kami decide. Tapi actually mungkin kami tinggal sekejap, tapi tak tahu la sekejap tu sampai bila kan. Memandangkan En. shahrul selalu outstation dan of course aku tak nak duduk rumah sensorang,huuhhu,maka aku akan duduk rumah mama bila laki ku outstation.

Alhamdulillah, mama aku pun ok, dia pun excited nak bg idea untuk renovate 😝. Dan sekarang aku pun sibuk la mencari idea2 deko yg sesuai untuk rumah2 kecil dan tak melebihi budget of course kan.

So far aku cari idea dekat google & pinterest. Major renovation yg akan dibuat adalah tukar toilet bowl dan tiles. adalah tanya2 dekat tukang indonesia buat kan, tapi orang tu cakap kena ukur dulu. So pape pun, lepas bulan 3 ni baru lah boleh fikir macam lagi. tapi aku ni dah siang malam duk tengok idea2 renovate sampai research pun aku pandang sipi je, hampehh,

k la, lec aku dah tanya update research aku, bye semua, pape nanti aku update lagi ok? bualan 3 maybe, sebab ada sesuatu istimewaaaa 😊😊😊😜😜

No comments:

Post a Comment