Monday, May 7, 2018

will 2018 will be my greatest year?

hye guys, assalammualaikum, phewww..

lamanya tak update life. i'm doing good for now. last year was a hectic year for us. beberapa bulan sebelum habis 2017, duit keluar macam air. sebab pertama nak renovate rumah, kedua, masing2 suami isteri ada tanggungjawab terhadap kerja dan study. dalam november aku kena pergi bandung, untuk conference, and need to some money untuk ke sana, and of cos walau ada sponsor sikit from universiti, ko shopping kena bawa duit sendiri and harus la shopping xingat dunia, huhuh. and in december, encik shahrul kena pergi us, indianapolis sebab ada kursus mengenai antenna yg company dia nak beli dr sana. so dalam 3 minggu jugak la, and of cos, walau dah disupport hampir semua benda, tp 3 minggu xkan xnak bawak duit lansung kan and ko nak kena beli juga souvenir untuk satu kampung kan sebab bukan tiap2 bulan dapat pergi us,hahahah, duit lagi.. 

balik dr bandung tu, aku keracunan makanan, cirit birit tahap xtahu la, keluar cecair je bila makan. dah pergi 2 klinik, end up baik sekejap, lepas tu xbaik2.. risau gila, ada la dalam sebulan cirit. berat aku dari 79kg(the highest weight i ever achieved) turun sampai 74 kg( berat sebelum kahwin). mendadak gila turun dalam masa sebulan, takutttt.

risau, tp mls nak pergi hospital, cumanya sakit tu bila makan benda bersusu macam susu of cos, cheese, ataupun yg fermented macam tempoyak. kari pun xboleh. bila mkn benda lain ok. hampir2 la nak buat decision nk pergi hospital check, takut la ada sakit pape usus ke kan, tp getting better. cuma xleh mkn benda2 mcm list atas tu la. after sebulan macamtu, jumpa lec, dia tanya kenapa xdpt jumpa haritu, which mean beberapa minggu lepas balik dr bandung tu, so aku ckp dengan dia, saya sakit perut dr, cirit birit dekt sebulan dah and guess what dia cakap, "saya pun!, dah sebulan sakit perut lepas balik dr bandung tu, dr hazilah(lec yg ikut sama jugak) pun kena jugak, dia siap pergi check darah dekat hospital GH, tp xde apa2" huhu lega hati aku lepas dia ckp tu, maknanya memang keracunan maknn la ni. pergh seksa sangat sakit perut memulas ni. sampai nangis2.. xleh imagine dah sakitnya tu. xnak imagine dah pun,huhuhu.. tp the bright thing from this incident, berat aku turun,huhuhu

rasa confident level naik 2 tingkat bila dah kurus skit ni huhuu. ramai jugak tegur dah kurus and jawapannya ofcos keracunan makann dr bandugng huhuhu

Anniversary 2nd year

alhamdulillah, cukup 2 tahun kahwin, kitorang sambut awal skit dr tarikh sebb encik shahrul nak pergi us tu kan. sambut nya dekat chicken rice shop je, heehe yela, masing2 duit dah kering, saya ngadap, awak ndagap saya je la hehehe. xde present pun dr aku. macam biasa la, aku ni memng xtau nak beli apa, last2 xbeli apa pun ; P . yg aku perasan, bila dah nak 2 tahun perkahwinan, baru kitorg berbincang lebih mendalam tentang anak, seriously sepanjang perkahwinan, suami aku xkisah, org mengata ke, tanya ke dia cool je, kadang2 je aku emo skit tp still boleh handle. ntah macam mana, aku pun macam terbuka nak bincang pasal anak, maksud aku bukan kitorg merancang xnak anak, just tak berusaha ke arah sepatutnya. tak pernah fikir lepas ada anak dah bersedia ke, fizikal,mental,duit,kelengkapan diri, nak ajar anak. so itu yg kitorg bincangkan and we decided to try hardder, maksudnya dengan pergi jumpa dr atau apa2 alternatif untuk dapat kan anak. siap tanya dekat kawan encik shahrul yg merupakan dr perempuan dekat GH, and she said, selagi belum cukp 2 tahun kahwin, GH xlayan pasangan yg perlu bantuan untuk mendapatkan zuriat. jadi kami pun tunggu la masa yg sesuai which mean dlm 2018 lepas semua dah settle down. memang hati tu terbuka seluas2nya, mungkin kami yg bermasalah, mungkin ada yg xsihat tentang kami. kami redha and terima dengn hati terbuka bila masih belum dikurniakan zuriat. selain itu, aku dapat rasa, 2018 akan jd tahun terindah buat kami. entah lah macam ada positive vibe dlm 2018. minda pun dah makin positive huhuhuhu.

Umrah 2018

alhamdulillah, bulan february tahun ni, kami sekeluarga di jemput ke rumah Allah S.W.T. perasaan xtahu la nak describe. takut, teruja,suka,sedih, ishh macam2 la..

Takut
takut bila amalan masih belum cukup nak kesana, nanti terpinga pinga, dengar cerita2 pasal kejadian2 yg tak diingini, memang jaga sangat hati,akal dan mulut supaya tak terlepas cakap benda yg tak sepatutnya sebab balasannya memng terus dapt huhuhuhu. kemudian takut juga umrah tak diterima, kalau tak terima, berdosa sampai mati tahu,huhuhuhu. insyaAllah semoga semuanya di terima Allah. Alhamdulillah, aku banyak dapat buat solat taubat dekat sana, solat sunat2 lain xbuat sangat sebb rasa dosa ni menggunung tinggi, bapa mentua pun pesan banyak kan solat taubat dan hajat bila dekat sana. so aku decide memng aku banyak buat tu. mudah mudahan taubat aku diterima, dosa2 masa remaja, kecik2 dulu dan dah besar ni kan...

Teruja, suka, sedih
ya Allah teruja sangat sebab nak pergi tgk kaabah lg, nak melawat makam rasulullah lagi! masa nak masuk raudah, belum masuk lagi, tp air mata dah berjurai2 excited nak jumpa rasullullah. xsangka, nak masuk taman syurga sekecil tu umpama nak menggadai nyawa, berebut bertolak,berhimpit. tp xtahulah, rezeki tu memng ada, sebb memang nak sangat berdoa dlm tu. ada banyak sangat hajat nya huhuhu. masa nak solat sunat dalam tu kena berkepung untuk solat kalau x habis kena pijak kepala, sedih sangat masa tu, rasa mcm xkan dapat keluar dah dr situ dengan selamat, memng redha kalau meninggal dalam tu pun xpe la. kakak ipar tengah pregnant 6 bulan time tu, ya Allah, kuasa Allah memng besar, dia xrasa lansung perut dia kena himpit ke apa ke, memng rasa mudah je bg dia. Alhamdulillah dapat jugak solat sunat berdoa dalam tu, sebelum perjalann ke ke makkah pun berjaya buat ziarah wida' dengan aman, dan dapat solat sunat banyak2 dalam tu, terima kasih ya Allah 😭  

sesampai Makah alhamdulillah dapat buat umrah pertama kami. kagumnya tengok kaabah time tu, xsangka dpt tengok depan, dapat cium, bau,usik,huhuhu. memng masa tawaf segala doa dan hajat di sebut. sebab aku yakin, di depan kaabah ni la doa yg xada tapis2 terus Allah dengar. huhuhu sebaknya bila teringat. alhamdulillah berjaya buat 3 umrah dan melawat macam2 tempat. yg paling teruja dan excited bila dapt pergi mendaki gua hira' di mana tempat pertama wahyu diturun kan iaitu surah pertama diturun kan. ya Allah xtahu la nak ckp penat dan bahaya nya naik bukit tu, bila difikir balik, macam mana isteri rasulullah , siti khadijah berulang alik hantar makan 3 hari sekali sebab suaminya bertapa di gua itu dengan mengandung lagi,huhuhu sesungguh itu la cinta sejati isteri kepada suami. dan siti khadijah lah isteri yg paling disayangi rasulullah. bila fikir sanggup ke kita jd mcm siti khadijah yg berkorban harta, nyawa untuk suami tercinta. kagumnya dengan peribadi mu siti khadijah. gua hira' ni dipanggil jabbal nur, iaitu bukit yg bercahaya, sesungguhnya memang betul, masa naik tu xperlukan lampu, memng xada lampu pun, tapi perjalanan cukup terang untuk kita menapak tangga bukit tu. alhamdulillah ya Allah bg peluang naik bukit tu walau macam xcukup nafas, sepuluh kali berhenti (dan suamiku je yg menemani diri ni yg jg org terakhir sampai,daki slow2) dan dapat solat sunat dalam gua hira' dimana tempat rasullah bertapa,  untuk dapat keberkatan dr mu rasullullah. selain itu, bersyukur sangat xsakit xdemam xbatuk masa dekat sana, tapi macam biasa la, bila dah balik malaysia, semua jatuh sakit huhuhu, selalu dengr org cerita, balik umrah mesti batuk, and now kami semua pun kena lepas balik, kecuali kakak ipar yg mengandung tu, kuasa allah kan.

Sebelum umrah

baik lah nak cerita sebelum umrah, aku memng ragu2 sangat masa ni, sama ada nak ambil ubat tahan period atau redha je. sebab aku last period 1/1/2018, dan aku bertolak pergi umrah 1/2/2/2018.  tapi aku yakin masa ni period aku akan dtg awal skit,sebab sebelum tu period aku memng heavy flow sebab sebelum tu ada dlm 4 bulan aku xperiod(salah satu sebb lambat mengandung) tp hari demi hari period xkunjung.. at the same time aku berharap aku mengandung sebb boleh buat umrah dgn tenang(niat yg xsepatutnya,huhuhuuh) 2 minggu sebelum pergi umrah aku check pregnancy test sebb dah dekt 3 minggu after period kan,harap2 ada rezeki, tp malangnya negative, ya Allah,hanya tuhan je la tahu aku punya sedih sebb kan aku bgtau dah kitorg memng dah start nak anak bersungguh2, aku nangis beria dekt en shahrul mlm tu, hati dah tenang skit en shahrul pujuk, aku dah risau pasal period pulak, asyik2 cakap dgn mak aku n encik shahrul pasal ni, diorg pun rimas huhuhu. aku xnak mkn ubat tu sebb aku baca ada effect, ada certain org ok, tp aku yg irregular period ni, kalau mkn karang terus xperiod pulak huhuhu, so last2 aku tanya kawan2 aku yg da pergi umrah,diorg ambik tak ubat tu, sorg xambik, sebb dia br lpas period sebelum bertolak, and lg sorang xambil jugak and period dia dtg masa dlm flight bertolak tu, tp nasib baik dia pergi madinah dulu, so period dekt madinah dulu dan masih sempat nak buat umrah nanti kalau period dlm 7@8 hari kan, dia ckp dia berdoa je dekat sana bg period cepar habis iram dan dia dpat buat umrah dia, sebab dekat sana doa makbul terus. jadi aku dengan sebulat suara, nekad xnak makan dengan berpegang ayat dia dimana doa dekat sana makbul iram, ko doa je, so aku pun xambil ubat tu. memng dah terasa senggugut, breast pun dah start sakit, tp aku redha, aku cr doa dekt internet, and ntah berapa ratus kali aku baca and usap perut aku mintak period hold sampai sekurang2 nya umrah pertama selesai. alhamdulillah Allah makbul doa aku :') sampai kesudah berjaya selesai kan semua ibadah. 

Balik umrah

alhamdulillah, lepas dah sampai tu, penat memng penat, tp kenangan tu manis yg teramat. tp kena batuk pulak..batuk kering pulak, dah makn ubat batuk pun xbaik2, seminggu seksa sangat, batuk sampai terkucil2,termuntah2, last2 serah diri dekt klinik and kena nabulizer untuk pertama kali dlm hidup, alhamdulillah 3 hari je batuk baik, memng nak kena jumpa dr jugak baru baik rupanya huhuhuu. 

Selepas 2 minggu balik umrah


jeng jeng jeng.... to be continued 3 bulan lg kot heheheh

No comments:

Post a Comment