Saturday, February 28, 2015

Preparation Engagement #1 (part 2)

Assalammualaikum,

Woaah, part 2 kau. over.

ok la, last time, aku ada cerita yang aku nak buat album sendiri kan, so taraaaaaa!!! album dah sampai khamis lepas!!

Alhamdulillah, selamat sampai. tindakan berisiko aku berhasil!!

nak tengok gambar depan album tak,hihiihhih


before opening the box, expectation aku tak tinggi, in my mind was like "the album might be small, the cover might be soft, the picture might be blur, and the list go on.." tapi, after dah tengok sendiri, and dah tunjuk dekat makcik makcik, and they all were shocked i made this by my own! so i am very satisfied with iphotobookworldwide service.



So, ini gambaran bila aku buka package box tu. Aku siap design album tu hari Rabu sebelum Raya Cina. And yesterday, gambar ni sampai. Alhamdulillah sangat2. Waktu process tak lah ambil masa lama, agaknya kalau tak cuti raya cina tu,pasti lagi cepat sampai. Melalui laman software yg aku upload tu, kita boleh tengok preview album kita bila siap tu, so video bawah ni aku record la sikit macam mana isi kandungan album aku tu,enjoy!




Alhamdulillah, album tu, mengikut design yg aku buat dalam video ni.
huhuhuhuhuh, untuk orang yg tak profesional, i am proud of myself :') 


Lastly, total money yang aku spent untuk album ini, 

Photographer : RM 300 (this is the lowest and the best photographer i can find)
Voucher groupon :RM 59 (for hardcover with 52 pages)
Postage Fee: RM 10
ordered on : Wednesday (17/2)
received on : Thursday (25/2)


murah x? murah x? hahahaha. over.

ok,pada sesiapa yang ingat aku buat album ni keluar duit banyak, so sorry ye, aku ni seorang yg sangat kedekut dan sangat la suka benda yg murah!!!.hehehe. mungkin ada certain orang cakap, tunang tak payah/perlu buat album kot. ok, disini aku ingin menekan kan, kalau kau nak kenangan and buat album dengan photographer, ye memang mau cecah RM200-RM500(belum masuk upah tangkap gambar ok) untuk 1 album, but see, how much i had save from this album? 

and one more thing, album photobook ini, tak semestinya kena buat album tunang or kahwin tau, boleh jugak mengabadikan kenangan kenangan dengan kawan, kenangan travel to other places, and even family portrait! Tapi, one advice, to produce a quality and beautiful picture, it is highly recommended to design the album with digital camera instead of your phone camera. ini sebab, gambar from camera digital pixels lebih tinggi berbanding phone, and nanti bila print gambar tak akan pecah. So, that is why i thiink, hiring a pro photographer is a good idea for your special day.


duit jimat, kenangan pun dapat :)


P/S: untuk sesiapa yang nak dapat informations atau nak tanya dengan aku pasal cara cara nak buat or beli photobook ni, boleh la email ke iramaysarah@yahoo.com (bukan dealer iphotobook ok tapi membantu yg nak teringin nak buat)



Monday, February 16, 2015

Preparation Engagement #1

Assalammualaikum,

Hari Rabu lepas, kita dapat dah gambar dari photographer, now tengah edit2 dalam photobook yg kita beli tu.
Leceh jugak buat benda tu, lagi2 aku nak buat sendiri and aku pulak jenis nak perfect, so kena buat slow2, kita budak baru belajar edit mengedit ni, tapi, syok jjugak,macam buat design masa PSM dulu.hehehe.Agaknya, ini lah budak2 design yg pakai software rasa. 

So far, gambar yg dapat, semua clear, terang and cantik2.. tapi... kita rassa ada gmbr yg tak ada. Maksudnya, aritu kita rasa ada ambil gmbar dengan sedara ni, dengan tetamu ni, tapi bila dpt gmbr, xde pulak.. Maybe, maybe, jurugambar tu pilih mana yg ok saja letak dalam pendrive tu. Saya redhooo.. Ada gmbar pun dah cukup baik.. To be truth, kita kena pakai jurugambar ini pun sebab makcik and mama kita yg suruh. mula2 tu memang tak nak, macam over kan. tapi cuba fikir2 balik, kita, sebagai orang penting(ewaah) takkan nak pegang camera kan, takkan nk berselfie dengan bakal mak mentua lepas sarung cincin kan. kalau nak harapkan sedara mara, diorang pun tak berkesempatan untuk ambil gambar kita, kalau ada yg ambil gmbr pun pakai camera phone, jadi quality gmbar sure la tak ok, (no offense pleasseee! camera phone saya pun tak ok, OK!!) so, saya pun decide, ok, ambil lah jurugambar dengan gamblenya, cari melalui facebook and internet je. Memang banyak tanya lah dekt jurugambar2 lain yg jumpa dekat facebook, tapi lepas di lihat ditenung dikaji harga dan album2 sebelum2 ni yang diorang pernah buat, saya pilih AdamLuqman Photography. total service dia RM300 (untuk softcopy shooting). transportation free, sebab dalam area KLang Valley lg.

Deposit RM100 untuk book date. Nak cari photographer ni pun, chaos jugak family kita,hahaha.
yg nak buat album lain, yg nak jimat lain (aku la tuu), yg xnak album kertas nipis lain, yg xnak album sticky2 lain. Last2, kita pun decide, softcopy je, haaa,semua xdapat.hehehe. tapi tula, kita pun dah decide selepas review2 kesusahan dan kesenangan buat photobook ni maka, timbul lah idea nak buat album sendiri. so tak ada masalah sangat lah.

Service dr photograper ni, ok lah, kita ni tak ada pengalaman nak jadi model, so memang dia bagi guide suruh pusing sana,pusing sini, aand gambar yg terhasil semuanya memuaskan. Tapi masa tngah ambil gmbr tu, saya ada perasan satu benda, jurugambar tu memang suka suruh senyum nmpak gigi, sikit2 arahan dia (ok,senyum nampak gigi,senyum nampak gigi) . confident level nk seenyum mula2 tu xde weeh, risau la, gigi kita yg bawah jarang2, nak kata gigi putih ibarat gigi fazura pun tidaak, hahah!Tapi, bantaai laa..mesti jurugambar ni lebih tahukan. Bila tengok hasilnya,haaa,xde la teruk sangat senyuman nampak gigi saya,hiihihih.. kita je paranoid. heheheh. haaa lagi satu yg lebih penting, weell, diri ini memang la ada masalah perut buncit, hahaha, masa nak dekat2 tunang, xnak lansung menjaga badan dan perut, exersice lagi la tidak ada dalam kamus hidup ku, hehehe. so, risau jugak kan, kalau dlm gmbr obvious sngt, tapi jurugambar ni, bagus lah, so far gmbr2 semua xde la nmpak sngat kebuncitan perut itu,hihihih. thank you, encik jurugambarrr. Encik memang profesional.

Well,sebenarnya, banyak benda nak update. sangat2 banyak.. Tapi, kemalasan nak menaip, sangat laah tinggi. 

Ok, now, nak share sikit, casing + pendrive yg photographer tu buatkan.

ini casing yg mula2 dapat,dalam plastik.
macam tak sangka, sekarang punya photographer buat macam ni, dulu, setahu kita, bagi album dengan CD untuk softcopy.

Ok, yg ini gambar belakang casing tu.

ini gambar2 casing + pendrive tu,nampak tak sebelah kanan tu. Jurugambar tu bagi pendrive size 8G, jumlah gambar yg di isi dalam pendrive tu, 3.7G.

kepada yg berminat nak ambil photographer ni, boleh la lawati blog dia atau facebook dia,
just type in 


Tuesday, February 3, 2015

Update pasal tunang

Sebenarnya, kita tengah tunggu gambar dari photographer..
hewhewhewhew..
Dia cakap seminggu boleh siap,nanti diaa hantar melalui pos je.. hopefully cepat and selamat la sampai rumah,hewhewhew..
Anyway, kita ambil upah photographer untuk ambil gambar and burn soft copy je..tak buat album pun, sebab bila fikir fikir, tunang je kan.. tapi ikutkan hati, nak je,tapi ikut kan akal dan minda, tak perlu lah kot..

By the way, kita ada beli voucher buat album sendiri, macam majalah, tapi yang best hardcover depan.
Size 8 x 11, about 52 pages.. harga dalam RM 59.00..
So nanti kita cuba la ye arrange sendiri,sebab i got quite lot of time to godek2 now,hehehe
bila dah siap,insyaAllah, nanti kita review and post dekat sini.

Ok lah,nak share sikit gambar dari cousin kita and adik beradik Encik Shahrul.















I AM A HAPPY GIRRLLL :) :)